Sunday, November 09, 2008

Day 2
25/10/08


Pagi di Sibayak amat menenangkan..aku dan zam tidur x buka aircond pn ( nfact x da aircond pn)..hmmm nyenyak..sdr2 je zam dah bergulung dlm selimut kat tepi aku..yang aku plak yang asal tamak nak dua bantal..in the end ntah kemana bantal..punya la best tido.hehe

aku terjaga jam 4.45 am. mungkin agak pagi di Malaysia..tapi di Sibayak, seawal jam 5pagi..cuaca sudah sedikit cerah. kelihatan cahaya matahati sayup2 di hujung bukit. Ono mengingatkan kami b/fast pada jam 7am. Setelah selesai bersarapan, kami berjalan2di sekitar hotel..ape lagi.posing habis2 la. hehe. cuaca masih lagi sejuk..berwap mulut cakap....tapi x kira..gambar perlu di ambil jadi kenangan.



Tepat jam 8 pagi, kami memulakan perjalanan ke destinasi ketiga kami Parapat di mana kami akan menginap pada malam hari. perjalanan nya mengambil masa 4 jam dan sangat berliku2..nasib baik lah aku ada mambawa penyelamat ku HALLS type 4. x la loya n pening. aku terlepas melihat pemandangan cantik hampir 2 jam kerana tertidur. haish..dalam perjalanan ke Parapat, kami ada singgah sebentar di air terjun Sipiso-piso. wah2 bertepatan dgn makna Sipiso-piso (saujana mata memandang) pemandangan
Tasik Danau Toba dari Sipiso-piso sangat indah. maha cantik ciptaan tuhan..Aku sempat juga merakam gmbar kenangan di situ. Terdapat tempat2 menjual cenderamata..hmm aku sempat juga membeli 3 helai t-shirt yang bertulis Danau Toba Rm 90000 @ RM45. ZAm pn, x kurangnya.hehe.


Kami juga sempat berkunjung ke Sinarjunjung..sebuah cafe berhampiran Sipiso-piso yang menyediakan teh halia-black pepper dan goreng pisang panas dengan harga Rp10000= Rm3..hmm...comment..>_< goreng pisang ok..tapi teh 2..hmm..ibarat menelan pati akar kayu. pedashh

1 jam di sinarjunjung, kami meneruskan kan lagi perjalanan ke Parapat. Parapat merupakan bandar kecil. ia terletak di pinggiran Tasik DAnau Toba. cuacanya agak panas berbanding di Sibayak. Hotel Siantar, tpt kami minginap betul2 terletak di atas Tasik Toba.. hmm...romantisnye. Kebetulan bilikku tmenghadap tasik dan dek kapal2. adoi..blh buat drama Spanish nih bisikku kepada ZAm.


Kami check in dan llunch di hotel. DAri hotel, kami menaiki bot ke Tomok, perkampungan Batak di Pulau Samosir. Perjalanan mengambil masa 1 jam. Pemandangan..sangat indah. Bot bergerak dgn perlahan menyusuri Lake Toba...aku dapat melihat rumah2 penduduk di pinggiran tasik..anak2 dgn gembira bermandi-manda..bebas dan ceria. terdetik di hatiku.. alangkah best nyer jika aku dapat hidup begitu..x perlu berfikir mengenai rumah, kereta dan kerja..simple life. Terdapat juga rumah2 penduduk di situ yang dijadikan home stay kepada para pelancong yang berminat melihat dan merasai kehidupan harian masyarakat Batak.

Majoriti penduduk di Pulau Samosir, menurut Ono adalah berketurunan Batak dan beragama Kristian. owh..sebab itulah aku dapat melihat banyak gereja di dirikan di pulau tersebut.



Destinasi kami yang pertama di Pulau Samosir ialah Tomok, untuk melihat Makam diraja Batak - Raja Sidabutar. Raja tersebut terkenal dgn keberanian nya melawan musuh dan kewibawaaan nya sebagai raja. Kami di kehendakki memakai selendang sebelum masuk ke kawasan makam sebagai tanda hormat kepada raja tersebut. Ono sempat menerangkan kepada kami tanda merah di makan tersebut bukan disebabkan cat tetapi warna darah musuh2 yang telah dibunuh. warna nya kekal kelihatan walaupn telah berabad berlalu.

Masyarakat Batak sangat terkenal dengan ukiran kayu mereka yang halus dan cantik. Maka, tidak hairan lah rumah mereka di hias dgn patung2 ukiran yagn sangat halus buatannya. Hampir menjadi kewajipan di setiap rumah mereka in fact makam atau bangunan lain) mempunyai ukiran cicak dan 4 breasts wanita. kenapa? ia melambangkan kesuburan dan keharmonian sesebuah rumah dan keluarga itu. termalu juga aku ketika pertama kali melangkah masuk gerbang makam raja.hehe.

aku sempat juga membeli sedikit cenderamata (key chain rebana). harganya agak murah berbanding di Medan. 20 biji hanya Rp40000 = around Rm13. aku juga sempat membeli gelang batu danau toba. batunya bewarna kehijauan, sangat sejuk dan cantik.


Seterusnya, kami menaiki bot ke sebuah lagi perkampungan Batak di Pulau Samosir untuk melawat meja dan kerusi batu diraja serta tempat pancungan. memandangkan cuaca hampir gelap ketika kami sampai di tempat tersebut, ono bercadang kami singah sebentar sahaja. Sempat juga aku masuk ke rumah traditional masyarakat batak. rumah nya agak kecil tetapi unik. Beza rumah di di raja dengan peduduk biasa ialah di tangganya. Rumah raja mempunyai tangga batu, manakala penduduk biasa, tangga nya di perbuat daripada kayu. terdapat juga tanduk kerbau di gantung di hadapan rumah raja untuk menandakan ke kuasaannya.

di hadapan rumah raja terdapat set kerusi dan meja batu yang dahulunya merupakan tempat mesyuarat diraja/ mahkamah. Tidak jauh dari rumah raja, terdapat tempat pemancungan..juga diperbuat daripada ukiran batu. Menurut ono, ini adalah binaan asal dan usia nya hampir mencecah ratusan tahun. sukar ku percayai kerana melihat kan keadaaan tempat itu yang masih berada di dalam keadaan baik.

menurut ono, sememangnya masyarakat Batak terkenal dgn penyembelihan manusia. akan tetapi, mereka melakukannya bukan kerana saja2. ia kerana hendak memberi pengajaran kepada orang2 agar mematuhi undang2 di sesebuah kampung. Contohnya, sekiranya seorg lelaki di dapati bersalah memperkosa seorang gadis, dia akan di bawa ke muka pengadilan. setelah di dapati benar2 bersalah, baru lah dia di hkum pancung dan daging nya akan di makan beramai2. walaubagaimanapun, masyarakat batak pada hari ini tidak lagi mengamalkan budaya tersebut. mereka perlahan2 mengikut arus pembangunan di Indonesia.


Kami tiba d tempat penginapan kami pada jam 6 petang. cuaca pn dah semakin gelap dan berangin.Tasik Danau Toba yang pada paginya tenang agak beralun. Suasana di dalam bot agak sunyi. setelah seharian berjalan, masing2 kelihatan penat dan sudah ada yang terlena. aku pula melihat dari kajauhan nyalaan lampu rumah penduduk. semakin jauh dan akhirnya kelam di telan kegelapan malam. zam di sebelah aku masih lagi dalam keadaan teruja melihat keindahan senja di TOba Lake. Kami makan malam di restoran local di bandar parapat.

balik ke hotel,dengan perut penuh mla lah mata hendak tertidur. niat hendak ke bandar terpaksa di batalkan kerana agak penat. malam kami berlalu dgn tenang di dendangi lagu dangdut dari restoran berhampiran. uhuhuhuhu ZZZZZZZ

1 comments:

Flaren's World said...

jeles perenggan terakhir tu..huhuhuhuh